hurm....td kul 12 aku dh letak pale nak tido dah... ntah camner, ade lak sekor nyamok mongok ni dok geget2 aku...abes bengkak2 ngan gatal kaki mo tgn aku...haram tul... pehtu terus gi carik selimut...then dalam nk tido blk tuh, dahaga la pulak :(( hadoila :(( skrg baghu kul 3.30pagi..isk..isk.. sok keje lak tuh...bowing tul aku nk gi keje lepas 8 ari cuti...hohoho...tp sbnrnye aku cuti lg sampai 4hb sok..tp kene ar punch card gak sbbnye nnt sok bulan 3 nnt nk amek cuti panjang :)) sbbnyer nk gi Bandung...hadoi...xsaba2 lak aku nk gi soping kat saner...
ape aku nk citer sbnrye eh...yg penting aku tak blh tido :(( uuuwwwaaaaaaaaaaaaa :(( cayang aku demam :( td blk dr sg Gabai, die blk kolej die...then die sms aku kate k demam.. aku lak kat nilai td sbb tokwan dtg umah kak yani... xsure lak bape ari die dtg sini... so, aku kul 10 lebih td terus blk bangi amek cyg, then kitorg kuar makan...sbb aku taw cyg xmakan lg pas blk dr Gabai td #-o.. then pastu aku suh cyg mandi then tido...sian die...sok dahla exam statistic..ntah die abis study ke tak aku pun xtaw... hurmmm...
bebalik cite tokwan...gomok tul tokwan skrg :)) sonok lak aku tgk die... wpun tok dah xde, and tokwan makin gomok, bermakna tok tiri aku nie jaga tokwan leklok la tuh..sbb nyer ngan tok tiri aku skali gomok :)) ape2 jela..aku tumpang gembira bile taw tokwan bahagia ngan hidup die skrg.. td masa aku jumpe tokwan, windu lak aku kat kat die... ade ke die ckp aku cantek, tapi gomok :(( die suh aku kurus then kawen cepat2...jahat tul :)) pehtu die cakap aku skrg dh macam mak org =)) wakakkaka...jahat..kejam tul stetmen...tokwan slalu guwau kasar ngan aku :(( naseb aku taw tokwan cyg kat aku :p tp xpe tokwan...sempena tawon baghu ni, azam kak long ialah tuwon kan berat badan ke 60kg ... wakakkaka.... insyallah..amin.....
haiyo... aku xbleh tido har... k ar..aku nk men game jap..kang nk ty sambung tido... sok mampos xleh bgn gi punchcard...dh ar kene punch sblm kul 8pg..kalo x, alamat nyer kaler merah lagi la aku nyer card tuh =)) wakakkaka....sempena azam baghu...chaiyok chaiyok... bgn awal..punch card awal...tido awal...study mcm og giler bg dpt 4flat..kuwos kan badan...wakakakkaka....
Monday, December 29, 2008
terjaga dari lEna
nUkilAn dEwIchEnta pAda 11:30 AM 1 comments
aWaL muhAraM
sLamat thn baghu tuk diri aku... arini 1muharram = 29 december ... sekali lagi aku diberi peluang oleh tuhan tuk meneruskan idop nie... ape yg pasti, moga hari2 mendatang lebih ebrmakna dalam hidop aku dgn kehadiran insan2 yg aku syg... harap sgt benda2 yg menyakitkan tuh pergi jauh... walaupun owang ckp, perkara yg menyakitkan tuh sbnrnye mematangkan kite...tp aku taw aku blum cukup kuat tuk terus berdiri menongkah sgala kesakitan tuh..
arini aku cuti... satu malaysia pun cuti ar :p semalam aku tido kul 6pg... so arini aku bgn kul 2.30ptg..adeh =)) kalo papa tak call ajak gi nilai tadi, mmg aku tak bangun lagi nyer...tido besh giler..aku tak taw ar nape aku tak penah puas tido :((
td pagi cyg sms aku bgtaw die nak gi picnic ngan pemeli die kat gabai... tp tetibe sms aku ckp die x recommend aku gi sane =)) ade je benda die nk komen kan :)) aku ghisau sbnrnye die nk gi air terjun tuh.. sbb aritu kawan aku amper lemas sbb terjun dalam pusar air :( kitorg sumer igt die memain...ghupenyer bebetul...bile die dah tenggelam tuh, baghu kwn aku yg laki sorg ni gi selam tarik die... then 2-2 lemas blk :(( panic tul time tuh :-( tp nasib baik kitorg beramai2 sambung2 tangan gi tarik diorg... hadoila... kalo aku bgtaw cyg tuh, mesti die bising nyer :-s kate die pandai jaga diri ar ape ar.. tp tu exprnc aku... hurm..ape2 pun td aku lega sgt sbb die call aku ckp baru lepas mandi then nk blk umah dah #-o kalo ikutkan, air terjun ni satu masa dulu mmg feveret aku tempat aku lepak... dulu skit2 congkak...skit2 ulun yam.. skit2 gabai... skit2 tekala... tp lepas peristiwa kat gabai ngan lagi satu wat aku betul2 tobat xmo gi tempat camtu lepas insiden kat bkt ijau kat kedah tuh... kwn aku siap masuk sepital sbb lemas... die ckp kaki die sangkut kat dahan kayu kat dalam air..so die xleh naik atas...then kaki die kejang.. tu sbb die panic then terus telan air tuh byk2..hadoila... mcm2...yg penting aku besyukur sgt benda2 tuh bukan jadi kat aku...hohohoohoho.... kalo jadi kat aku, ntah la xtaw nk ckp ape dah....
arini xtaw ar jadi ke x nk gi nilai..tgg ar papa ajak lg skali jap lg :)) aku dok bz tgh edit blog aku nih nk bg cantek cam page org... wakakakka... sblm ni xde aku pedulik pun camne ghupe blog aku sbb pada aku ni diary idop aku jer.. tp skrg, sempena tawon baghu ni, aku tingin nk melangkah setapak gl kedepan dan share sumer benda ngan kawan2 aku..hohoohoh... well...thats it... nnt sambung lg... nk gi sambung carik layout cantek jap...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 12:28 AM 0 comments
Sunday, December 28, 2008
PetuA mEngasIhi iStErI
PETUA MENGASIHI ISTERI…..
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu
sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri
mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon
tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan
pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya bertentangan dengan pendapat orang
lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya……
sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau
tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat
untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar
baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam
atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih
sayang dengan isteri.
Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri…ubahlah sebelum terlambat.
nUkilAn dEwIchEnta pAda 12:15 PM 0 comments
PetuA mEngasIhi sUamI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah
terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik
perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan
sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa
untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu
meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan
pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai
dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah.
Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda
berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami
anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang
melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap
hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu
tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh
mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh
memegang tangannya / bahunya bila berjalan-jalan
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda
hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah
antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu
tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah
kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong.
Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda
mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang
disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali
mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya
dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2
demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian
anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat,
iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya
kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak
membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.
Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan
kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama
sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun,
ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar
mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan
baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian
atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan
suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan
suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk
menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan
memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda
untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh
mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai,
sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa
yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya
dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan
anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi
anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya
dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati
lelaki mudah berkata’inginkan seseorang yg dapat membantu’, jgn la hanya
ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat
di baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan
suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga
dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik
serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami
anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada
isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak
melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg
paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
nUkilAn dEwIchEnta pAda 12:13 PM 0 comments
CANCER Women...
CANCER WOMAN
When she is in love, she will act both ways. First, Shy and polite ( adeh..mmg pun aku ni pemalewww) trembling to be near you. Second, Attach to you like glue ( tul ker ? cian cyg den ;)) i suke dok dekat2 ni..xsuke dok jauh2 :x wakakakka ) and trying to be with you all the times. She will try to go home with you after work, or have every lunch with you ( ni mmg betul... sbb dahtu bile lagi nk det kalo 2-2 dah bz..time makan ar baghu leh sembang [-( ) . It is O.K. if you like her too, but if is is not the case, you will feel very uncomfortable ( erk :| cyg..tul ker awk ghase xselese :(( terus terang tuh penting tuk kebahagian :-w ).
She hates to be talked about or gossiped by someone else. ( har mmg pun :(( aku xcite blakang korang...ni korang lak nk citer blakang aku :(( mmg ar aku sakit ati :(( ) If she knows she will be very hurt. In nature she is a shy type, except she has been influenced by some other Zodiac. She is not a brave or daring type, so if you like her then you better be the one who start first. She will not accept her true feeling, so if you like here you better tell her first.
She is like a musical note always change in tunes ( haiyak :-ss tul ayat ni :( pendirian aku mmg xpenah tetap :(( mood pun same :(( bile2 je leh berubah2..so u dont try to main-main with me nah :-w watch ur word...wakakakka ) , so one minute she can be funny and cheerful, and one minute she can be sad and depress. Other people may think of her as "Over-acting", or "Over-reacting".
When she is depress, she will go out and look for things to make it up ( har..mmg pun...bile aku down ke sedih ke marah ke sakit ati ker, aku mmg suke kuar jalan2 tgk laut...dok tepi pantai...sbb harap2 ombak ngan angin laut tu leh bawak sumer masalah aku gi jauh2 :( ).
She loves money, and thinks of having "Money" as "happy" (duit just tuk berpoya2 eh... kalo xde duit, xleh ar gi jalan2 :( so camner nk eppi ... jgn salah paham eh [-x heppp !!!! ) , not as "God". She will not look down at you if you do not have a lot of money, but she will help you make money, save money. She is not an extravagant person and sometimes will tell you not to buy her expensive and not useful gift.
She is the type who enjoy a long and quiet walk ( betul sangat2... paling suke dok tepi pantai dgr ombak... lame lak xgi dok kat PD tetgh malam bute kan! ) . Cancer woman also influenced by the "moon", so under the moon light she will be fascinating woman.
She has a constant fear for many things. She fear of not being smart enough, not pretty enough. Even if she is not fat, she will not be satisfy. Assuring her of her look would help, because she can change mood 4 times a day. ( aku highlight sumner sbb benda ni betul :(( uwaaaaaaa :(( )
She is not stingy, but you will not surprise if you see she collecting old or broken junks. She sees that everything are useful to her. She will find a way to re-use it again some day. She is not a jealous type,but possessive. ( amacam...tak pecaye ker :-" wakakka... jeles2 xmain. beb.. )
The best part of her is that she will sacrifice everything for her love one with no limit ( ni aku bersumpah yg aku sanggup buat ape sahaja tuk kebahagiaan org-org yg aku sayang...mama, papa, adek, cyg, and also my laply frenz...) . Don't leave her in times of troubles, she will never forget it ( tul tuh..tuk kawan2 yg hadir time aku senang jer, bleh jalan ar ngan korang... pade semua yg sentiasa ade disisi konsi segala2nya, thanks alot and i really appreciate it.. syg korang sumer ...) . She is not a weak type, even she looks like one, Example if you argue with her, she might cry her heart out. Once you left, she will wipe her tears and start clean up her apartment normally (YES!! this is truely MINE... mengalah tak bererti kalah.. Tiada EGO tiada DISKRIMINASI =)) ).
She is a very careful mother and will look after her kids every steps of the way. ( haiyo..no komen.. tp aku mmg suke budak2 ar...) If she is a mother of your children, you are at ease, but if she is your mother in law, you are in pain. Not to worry, this type of mother in law will not let her own daughter being an "Old mate". (wakakkaka =)) klaka giler stetmen ni =)) )
She could be moody and argue with you in many little things like many women, but she always wait and want to take care of you ( betuah nyer sape yg dapat rase ke"take-care"an aku ni eh ). If you argue with her and disappear a few days, she will be waiting for you, but not for long O.K. This kind of testing is risky, try not to do it. ( har..berani nak main test-test..no turning back man... wakakkakaka )
The Cancer woman need 2 things to be happy which are "Work" and "Love". She can be live in a dusty house, but she can not live in that same house with no Love. ( betul :| aku leh idup susah and tinggal kat umah setinggan asalkan kat situ ade org yg sayang kat aku.. tp aku xleh tinggal kat mahligai indah tanpa kasih dan sayang yg aku impikan :( )
p/s :- mmg kene sgt ngan diri aku nih =)) pandai tul sape yg wat kajian nih =))
nUkilAn dEwIchEnta pAda 11:03 AM 0 comments
$Em 2 Uk|\/|
sekejap je mase belalu..isk..isk... duduk x duduk dah 2 sem aku kat ukm :)) haiyo... tinggal lagi 2 sem aku nk grad... insyallah ujung thn depan aku dah ade master dalam tangan... alhamdullillah... sem ni relax skit pada aku..xmacam sem 1 aritu... kebetulan aku cuti semester kat twintceh..so xyah ar ngajar... sem 2 ni aku leh tumpukan 100percent kat study aku...tp aku still malas :)) malas nk ngadap journal2 tuh lagi #-o buhsan giler... bace 16juta kali pun xpaham2...dungu cam pengguin tul... slalu rase rendah diri ngan classmate sbb diorg sumer pandai2 :( tp xpela...aku dah janji ngan diri aku nk wat seboleh mungkin... usaha tangga kejayaan... dulu aku mmg down..skrg tak lagi... sbb aku xmo pedulik dah pasal org lain.. biar aku ngan dunia aku..tuhan kan ade slalu tolong aku ;)) alhmdllh... btw, arini sibuk dok bace journal sbb 5hb kang nk exam FR..isk..isk... aritu sedih sbb Dr Norman ckp quiz aku tuh xberapa nak elok markah die... so die harap aku study smart tuk score this exam :( thanx Dr :( i'll try my best :) tuk audit...lg aku ghisao... asyik present je... aku ni dah la darah gemuruh :(( even smp skrg aku xleh present depan org ghamai:(( walaupun konpiden level aku tinggi...tp bile becakap je kat depan, sumer ilang... hadoila... bile nk improve ntah..teruk tul... hohoohoho.... dah ar..xpe ar.. kang sok aku citer lagi... nk gi wat summary tuk article satu lg lak.. ni dh kul 3pg...tetiap ari jd kelawar aku ni =)) pehtu pagi susah bgn =)) wakkakaka =) noreha..noreha..ape nk jadi ni ntah =))
nUkilAn dEwIchEnta pAda 10:50 AM 0 comments
CINTA
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
p/s - makne chenta len kali aku hupdate k =)) sbb xjumpe lagi nk cilok dr web org len =))
nUkilAn dEwIchEnta pAda 9:57 AM 0 comments
Saturday, November 15, 2008
cHentA
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma GhandiTuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:28 AM 0 comments
Monday, November 03, 2008
hAkIkaT sEbuaH chEnta
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu.
Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -HamkaCinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.
Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak."
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:26 AM 0 comments
Sunday, October 19, 2008
cHentA tAk perlukAn sEbab
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.” "
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:25 AM 0 comments
bIarkaN akU mEnangIs
Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati
Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:24 AM 0 comments
Saturday, October 11, 2008
dOa cHentA
Ya Allah….Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatikuTitipkanlah kebahagian antara kamiAgar kemesraan itu abadi
Ya Allah….Ya Tuhanku Yg Maha MengasihaniSeiringkanlah kami melayari hidup iniKetepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikkuTidak tercipta untukkuBawalah dia jauh dari pandangankuLuputkanlah dia dari ingatankuDan Peliharalah diriku dari kekecewaanBerikanlah aku kekuatan meskipun tanpa dirinya
Ya Allah… Ya Tuhanku Yg Maha Mengerti….Berikanlah aku kekuatanMenolak bayangan jauh ke dada langitHilang bersama senja nan merahAgarku sentiasa tenangWalaupun tanpa bersama dengannyaEngkau gantikanlah yang telah hilangTumbuhkanlah kembali yang telah patahWalaupun tak sama seperti dirinya
Kupohon dan kurayu TuhankuPadamu yang Maha MengetahuiEngkau hapuskanlah perasaan iniSeandainya dia tidak mencintaiku
Tetapi Tuhanku…Seandainya dia telah ditakdirkan untukkuKupohon agar EngkauSentiasa memperkuatkan hati, perasaan dan ingatannya sebagaimana kuatnya aku mencintai dirinyaKerana aku pasti dia lah jauhariku
Ya Allah Yang Tercinta….Pasrahkanlah aku dengan takdirmuSesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukMuSesumgguhnya Engkau Maha MengetahuiSegala yang terbaik buat hamba-mu ini
Ya Allah…Cukuplah Engkau sahaja yang menjadiPemeliharaanku…Di Dunia dan akhiratDengankanlah rintahan dari hambamuYang daif iniJanganlah Engkau biarkan akuSendirian…Di dunia mahupun di akhiratMenjuruskan aku ke arah kemaksiatanDan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku seorang Pasangan yang beriman..Agar aku dan dia sama-sama dapatMembina kesejahteraan hidupKe jalan yang Engkau redhaiDan kurniakanlah padakuKeturunan yang soleh dan solehahYa Allah…Berikanlah kami kebahagiaan Di dunia dan akhirat…Dan peliharalah kami dari azab api neraka…Amin…Amin…Ya Rabbil a'alamin..
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:27 AM 0 comments
Friday, October 10, 2008
mY deaRie Luv
ape aku nk cite pasal die eh... first of all...aku bersyukur sgt tuhan dah makbulkan doa aku tuk bukak kan pintu hati die tuk sambung blaja.. thanks tuhan...aku suh die blaja, bukan tuk diri aku..sumpah...tp tuk diri die sendiri... aku nak die berjaya..sbb aku syg die sgt2..aku sedih bile tgk die keje susah2 dulu..tp gaji skit sgt...aku xmo die jadi cam org lain yg xde kelulusan keje pagi sampai malam...tp gaji ciput sgt..nk sara diri sendiri pun xlepas..aku bukan menghina..tp aku xmo die jadi camtu..tu aturan dunia..sapa yg pandai, dia di atas..sapa yg lemah, die dibawah... 1 dalam 1000 yg berjaya tanpa kelulusan..jadi, pada aku, kite kena berusaha tuk berjaya..kejayaan xkan datang begolek depan kite...pada aku..walaupun suatu ari nnt, die bukan ditakdirkan tuk aku, aku harap die berjaya dan xkan ade org yg akan pandang rendah pada die.. sbbnye, aku syg die sgt2.. aku nak sumer org bangga dengan die.. xkan ade org hina die sbb die tak berpelajaran..sumpah.. aku sayang die sgt... aku dah serahkan hidup aku kat die.. even kalo suatu ari nnt tuhan tarik kbhgn aku dgn die, aku redha...dan masa tu, aku harap die blh terus berjalan dan terus berlari dengan gagah dan berani dengan kelulusan yg die ade :) sbb demi tuhan, aku syg die sgt2...
fairus.. org yg hadir dalam hidup aku 2 thn lepas... org yg mengubah hidup aku.. org yg memberi kembali sinar baru dalam hidup aku... org yg datang dalam hidup aku dan mengikis sikit demi sedikit kenangan dan kisah silam aku dr memori aku... org yg paling berharga dan bermakna dalam hidup aku skrg... org yg hadir dalam hidup aku skrg ytg memberi kebahagiaan dan kedukaan dalam hidup aku.. org yg aku serahkan segala2nya kat die pertama kali dalam hidup aku..huhuhuhu...dan kerana itu..dan sebab itu.. dan semua itu adalah kerana aku syg dan cintakan die.. thanks tuhan sbb temukan aku ngan die.. aku bersyukur sgt... walaupun byk kedukaan, tp demi allah aku bahagia dengan die..moga dia cinta terakhir aku..
nUkilAn dEwIchEnta pAda 8:57 AM 2 comments
Thursday, September 25, 2008
tErciptA unTukku
Tercipta Untukku by Ungu
menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata yang tak mampu
kuungkapkankepada dirimu
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
kuslalu milikmu yang mencintaimu
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu yang mencintaimu
p/s:-moga chenta ini kekal milik kita berdua selamanya... love you forever and ever sayang... I really meant it...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 9:09 AM 0 comments
Wednesday, September 17, 2008
lecturers' life
hahahhaha... nie satu lagi klaka..xpenah dalam hidup aku mimpi aku nk mengajar.. at last then aku decide join jd lecturer...wakakkakaka.... siyes aku dah jatuh chenta ngan bidang pendidikan nie...aku igt pas aku dpt master aku, aku nk continue jd lecturer ar... besh giler seal ngan student..diorg lak leh layan...beza umo ngan aku dalam 2-4 thn jer :)) byk yg aku sembang ngan share ngan diorg..diorg leh jd cam kwn2... yg penting respect kan... hahahha.. insyallah, suatu ari nnt aku akan jd lecturer yg paling disayangi sumer org...hahahhaha... paling klaka, aku ajar subject yg paling aku benci time aku study dulu :(( aku ajar accounting theory, advanced accounting, public sector accounting ngan intermidiate accounting...wakakkakakka.... tu ar..org dah ckp..kalo kite benci sesuatu, kite akan dapat and akan blaja menyayangi yg kite benci tu satu ari nnt =)) tetibe aku tersenyum sendiri..wink..wink....
nUkilAn dEwIchEnta pAda 9:03 AM 0 comments
Tuesday, August 19, 2008
time to merepek
ape aku nak citer eh.....huhuhu.. bukannye ape..aku bz sangat...banyak yg dah terjadi dalam masa 8 bulan nie... hahahha.. bulan 2 aritu aku dah behenti keje kat SIT damansara.. then aku sambung keje kat als sbb pn nadzrah panggil aku tlg die tuk 4 bulan... then bulan 6 aku kembali ke title student bile bergelar pelajar siswazah di ukm.. hahahha.. xsangka aku dpt sambung study amek master dalam akaun... then, nk dijadikan rezeki, baru-baru ni aku dpt lak jd lecturer kat twintech...hahahhahha...alhamdulillah..murah rezeki aku... thanks tuhan.. thanks sgt2 atas pertolonganmu... aku bahagia ngan hidup aku skrg.. fairus pun dah ade dekat ngan aku...die dapat sambung blaja kat twintech gak bln 7 aritu..lega hati aku... amek diploma software engineering...okla tue kan.. siyes..dalam masa 8 bulan je, byk benda dalam hidup aku dah berubah... aku dah x duduk shah alam... aku dok bangi...sabtu ahad je ulang alik shah alam. then mama ngan papa lak, dah membz kan diri meniaga tikar... huhuhu... sampai aku terasa di abaikan la :)) tp xpela..aku paham diorg bosan dok umah...adek jauh..aku lak xdok skali ngan diorg... so biar la diorg kan...asalkan diorg bahagia, aku pun tumpang bahagia...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 9:04 AM 2 comments
Wednesday, August 13, 2008
bIcara hAtI
.... nak nangis ler pulak!
Ya Allah seandainya telah Engkau catatkan
dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi
maka jodohkanlah kami
tetapi...
Ya Allah seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti
berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya
jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya
dan
ya Allah yang tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah yang tercinta
pasrahkanlah aku dengan takdirmu
sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya Engkau maha mengetahui
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini
ya Allah cukuplah Engkau saja
yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini
janganlah Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:22 AM 0 comments
Sunday, July 20, 2008
citE doLu-doLu parT iV
Citer aku kat matrix perlis lg kelakar…aku pun x tau ah nape aku xabis2 ngan perangai aku yg x betui nih…tp aku still ngan prinsip aku…be urself…hahhaa…so, kengkawan aku summr kata aku xbetui…hahhaha…suke wat pale sendiri…hahhah…apa2 jer la…yg penting aku x mcm org lain, dah la pale x betui, nk suh owang ikut dia lak…haha…sekurg2 nya aku xpaka korg ikut aku kan…wkakakaka….bila kat matrix, lg la terbukak mata aku kenai ngan mcm2 org…n mengajar aku jenis2 org kat dunia ni n cara nk kawan dgn org2 yg xsekepala ngan kite nih…alhamdulillah aku dapat kawan n roommate yg mmg best giler…aku gielr windu nk dok kat matix jer…bygkan, sampai aku dah kat uum pun, aku x rasa lg yg bestnyer mcm kat matrix…wakkakka…
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:16 AM 0 comments
bIcarA dolU-dOlu parT III
masa 1st day daftar akt teknik kan, aku x pakai tudung tau…pastu, sumer org pandang aku lain macam, n ada satu akak senior nie, sampai skrg aku x blh lupa muka dia, ada ke patut dia sound aku suh pakai tudung time tu gak…huh…aku pun, sbb br 1st day, terus pinjam tudung mama n pakai…sian lak mama kene dok dalam kete sbb tudung dia aku dah kebas…wakakkaka…kelakar pun ada gak…
pastu aku dapat kelas 4perdagangan 2.. hhahhaa…majority pompuan…kelas tu pada aku xbest giler sbb dapat classmate yg berpuak2 n suka ngumpat…aku dah biasa ckp lepas, so, nasib baik ah lepas 2-3 minggu kat situ, aku jumpa gak dak sekelas yg sekepala ngan aku…maka tercipta la geng aku di tikl….jaja, aku, zue, aepit…kitorg 5 org…then yg lain tue suka nyibuk jer terutama heizul, jamil, iezarul, yani, aisya, jue, rizalman, azhar n ntah la sesapa lg…hahhha…baru aku sedar akhirnya ramai gak yg sekepala ngan aku…
so, kitorg buat la slalu hal kitorg bersama masing2 tanpa pedulikan org lain…pn saodah ajar akaun masa aku form4. aku igt lg masa 1st day tue, ada ke patut, aku br masuk, duduk x sampai 2 jam, kene panggil berdiri sbb xde buku teks..then aku kene cubit sampai lebam.,…time tu, tetiba ku teringat kwn2 aku kt mgs, aku x penah kene mrh kecuali penah didenda sapu bilik guru sbb balik bom air kat depan bilik en tai penyelia petang…wakkakaka….mgs…I’ll miss my memory there….malu wooo cuci bilik guru…nasib baik byk cikgu dalam tu x de n yg ada sumer cikgu yg sayang aku…diorg ajak aku sembang lg adala…diorg kata, jap lg bila peter panggil, amik jer sampai dalam bakul tu tuang dalam penyedok sampah n konon2 dah sapu…thanx my all cikgu yg tolong aa time tu…ehhehe…
ok.sambung citer kat tikl lak…pasal cikgu saodah tu, ada sorg lg cikgu yg muka dia mcm siti norhaliza..nama dia cikgu siti noba'yah…aku mmg sayang giler cikgu tue..antara cikgu2 yg aku nampak yg bg aku n paksa aku jd mpp kat tikl tu adalah ustz siti hajar, cikgu siti, pn saodah, pn katmi n ustaz jusoh…aku pun xpaham nape dirog paksa aku…siap brainwash aku tuh kat bilik guru sesorg suh gak aku try…huhu…tp bak kata org, kalau ati xmau, dia jd bebai…hahhahha…tp mmg sweet ah memory kat tikl…walaupun pahit pada awainyer…
masa form 5, aku nk tarik diri jd mpp, tp aku kene mrh.ken lg skali brainwash..huh… pastu, sebab degil aku nk jadi outsider, aku buat perangai, langgar peraturan, n semua lah walau pun aku x suka wat sumer tu sbnrnya…uhuhuu…tp bila aku pk balik apa cakap cikgu siti kat aku, aku mula belembut…tp aku sedar, aku harus berterima kasih pada diorg sbb pecayakan aku sampai ketahap itu…thanx cikgu! Maka, dgn separuh hati aku still terima jd mpp.then, bila nk akhir2 tu, aku terpaksa pikirkan masa depan aku gak…so, aku pun tekad jd outsider sebulan sebelum spm…alhamdulillah..aku bejaya…tp xla bagus..dapat 5a jer..yg lain b…so, aku dapat tawaran pi matrix n utp n uniten. So, aku pilih matrix…maka tercampak la aku di arau perlis…hahhahah
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:15 AM 0 comments
bIcarA dolU-dOlu pArt II
nie citer aku time sekolah kat mgs lak…aku masuk f1, aku kelas 1 biru.kat situ, cikgu kelas aku pn normaziah…dia mmg baik giler ngan aku….sayang tul aku kat dia…dia ada tlg aku dapatkan aku title pengawas kat sekolah.tp papa xbagi, papa kata, upsr aku teruk.so dia x nak sbb aku jd pengawas, nnt pmr aku teruk gak…so, oleh sbb papa xbagi, aku direject, then aku ditolak kebhgn pustakawan…papa still xbg skali lg, dia kata aku x blh pegang jawatan aap2 pun…sibuk giler papa nih…tp aku x kecewa…aku still ada ramai kawan..so, kat situ aku mula rapat ngan siti adzilla, ruzzana, salina, norhadfiza, shafawati, atiqah, normah, herina, aisyah, syazniza, erni, maisara,huda,awet n kitorg jd satu geng kecuali tikah…hahhaha…sbb dia jd pengawas…sape suruh… so, kitorg slalu lepak kat pondok sekolah, sesama didenda n sesama kongsi suka duka…
aku kenai macam2 ragam manusia kat sana…n aku paling rapat ngan salina, ila, n ana..aku giler windu n sayang kat diorg…ntah mana ntah diorg skrg..aku x tau ah aku lupa diorg ker, diorg lupa aku…hmmm…kitorg slalu wat perangai n slalu lepak kat city point daya bumi n slalu ngorat dak Victoria(VI) n mbs. Hahhaha…klakar jer…dah tue, sampai aku form 3, aku dikuarantin n aku kene blaja elok2 utk buktikan kat mama n papa aku blh bjaya…tp nasib menyebelahi aku n aku dpat 6A 2B…tue pun aku x sangka…sbb, if dibandingkan dgn perangai aku mmgla x de harapan dapat 1A pun…thanx papa…sebab slamatkan aa..kalau x, aa xkan jd macam skrg…then, bila form 4, aku dipaksa dipindahkan sekolah ke teknik cheras kuala Lumpur…hahhaha…rezeki…weh, sekolah teknik terbaik tuh kat msia…wakakkaka…bangga gak ah…bkn calang org blh masuk sana…hehehhe…alhamdulillah…
nUkilAn dEwIchEnta pAda 1:51 AM 0 comments
bIcarA dolU - dolU
aku start kenai abc kat sekolah vivekananda masa tue aku umur 6 thn…maleh gi sekolah…tp dah kene gi sekolah…bgn tido pun kene dukong lg pi bilik air nk mandi…hahha…kene heret sampai depan kelas…tetiap ari lambat…hahhha…yg paling aku suka, time rehat, sebelah tadika aku tue ada kuil hindu, so aku slalu menempek ngan rosli gi tgk tarian India…ada kelas India tetiap ari aku rehat…hahahhaa….time tue mmg minat giler ah…sbb tue jer release tension time tadika dulu…sekolah x best…asyik kene tlg tulih kat papan itam jer…sbb aku jer dulu paling besaq n paling tinggi…hahahha…. Igt wooo…sbb lg satu, aku yg paling pandai dalam semua tadika tue……
pastue, aku naik darjah satu…time tu aku rajin pi sekolah sbb mama rajin ikut aku tgg kat sekolah…n lg satu sbb mama rajin sembang ngan makcik kantin tuh…sbb makcik kantin tue kawan mama aku…hahhaha….pastue, aku naik darjah 2, mama xnak teman aku dah…die nak meniaga…huh…start detik paling bosan dalam diri aku…penat tuh niaga…tp time tue, papa xbg aku n adik join, sbb dia suh aku n adik blaja…so, mama n papa jer meniaga…bosan tul…tinggal aku n adik n makcik aku belah mama yg nompang kat umah aku….xbest tinggal ngan cik yang…asyik kene bebel je…xblh gerak lnsg…ye ah, time kecik mmg ah aku nk tgk tv citer katun jer..igt lg time tue papa slalu beli cite tom n jerry n tikus kowboi tu yg anggrai…anggrai…yippa…yippa…hahha…xigt nama dia… tp slack lak cikyg tue x bg lak…die asyik suh aku tulis abc n aja adik tulih…huh…nyampah tul…tp skrg, biler aku dah besaq, aku jd syg die..sayang sgt..sbb dia satu2 nyer makcik yg memahami aku…hahahha… best ooo dpt makcik camtu…
so, dr darjah 1 sampai 4 aku asyik jd ketua darjah disebabkan aku gagah dan kuat…wakakkak…then, biler aku naik darjah 4, aku bkn stakat jd ketua darjah, jd pengawas gak…jd tukang tulih kat papan itam, jadi pustakawan, jadi bendahari darjah 4 umah hijau, jd ketua jr bola tampar..wakakak….n yg paling klaka jd ketua lompat jauh n tinggi darjah 4…hahha…darjah lima, takhta aku dirampas n sumer tu aku just jd penolong jer…tp aku still jd pengawas sekolah…hahha…giler bangga ah…
biler aku darjah 6, aku dilantik jd bendahari pengawas sekolah, jd ketua keceriaan sekolah…mb sbb aku slalu ceria kot…hahhaa…lg, jd pen. Pasukan bola tampar sekolah n tu jer kot…ahahhaha… masa aku skolah rendah, aku slalu jd owang kuat apa2 kelab or pesatuan yg aku masuk…bkn nk bangga…tp ntahla nape diorg pilih aku, mb sbb aku besaq kot…wakakkaa…tp sedih giler…biler aku upsr, pelajar yg jadi hrpn sekolah, x blh dapat 4A, malu ker x…huhuhu…sedihnyer ati aku…hampe nyer semua arapan sekolah n mama n papa… then, aku still dapat sekolah menengah Methodist kuala Lumpur…hahhaha…bangga tu…
nUkilAn dEwIchEnta pAda 1:12 AM 0 comments
kIsah tEntanG aKu
aku nak story pasal diri aku lah…macam mana nak mula ek…hmmm… ok, nama aku, org suka n slalu n kebanyakkannya akan panggil aku a’a…tue nama pendek jer… aku lahir kat perak…hospital besaq taiping, perak darul ridzuan…pada tanggal sejarahnyer 28 june 1983…ari slasa 5:20 ptg…(nie aku x tau betui ka dak…sbb mak aku yg citer).. pastu aku membesaq kat kuala Lumpur…xpenah langsung aku merasa arus pembesaran aku di taiping…tempat tanah tumpah darah mak aku yg disebabkan oleh aku…hahha… so, bila dah masuk asrama, owang byk ty aku, aku asal mana…hmmm…aku pun x tau macam mana aku nk bgtau depa…ni semua salah kerajaan Malaysia…yg depa pi bubuh angka tempat kelahiran dalam ic tu watper ntah…kan ker dah susah aku nk bgtau depa mana aku datang… last2, terpaksa ah aku membazirkan air liur aku bercerita asal usul aku…sbb nnt, if aku ckp aku asal kl, diorg kate aku blagaq lak…hang ni lahir kat peraq nun, pastue xmalu ngaku anak kl…kang, if cek habaq cek owang peraq nnt, kata cek ni xsedaq diri buat malu owang kampun xreti loghat kedah…so, lagu mana tuh?!!!!
hmmm….aku ada DUA saje adik beradik…aku n adik laki aku…so, kadang2 meriah…kadang2 sunyi gk…tp best wooo adik sorg jer ni…sbb aku xpyh fenin nk pk pasla ramai adik2 aku yg lain yg ntah mcmana ntah perangai depan nnt…(tgh2 terbayang2 aku ada adik beadik ghamai)adik aku xdak kat msia skrg nih…dia lebih skit dr aku…dia pi obasi..kat negara ternak lembu tompok2 byk2…hahhaha…so, tinggalla aku n mama n papa kat umah…sian diorg…sejak aku keje nih, aku jarang spent masa aku ngan diorg…Cuma aku nyibuk nk join bila diorg nak kuaq jln2..hahha… ye ah, sejak ada af4 nih, mama aku asyik bukak channel @15 jer…fenat aku nk layan tv tue…agaknyer tv tue pun boring nk siarkan cecite bebudak af4 tu bebyk kali…ahaksss…tue agaknya tv tue asyik meragam jer sejak 2-3 bln nie…hahahah…aku tumpang simpati akan nasib si tv…papa aku lak, xde lain, asyik layan mama aku tgk tv..diorg sembang n aku, nk watper…xbest dgr diorg sembang…sbb last2 nnt, sure nyer pasal aku gak yg diorg citer…huh…ada jer yg nk dinasihat n diteguq kan…telinga aku pun dah nk layu dah dgr bom2 tue mendarat kat perut telinga…hahaha…
(alamak…aku dah byk membebel nih..kang pasal2 aku kutuk diorg lak…wakkakaka…btw, mama…papa…I really luv u…very2 much…no words can discribe byk mana luv aku kat diorg)hmmm…apa lg aku nk cite nih…
nUkilAn dEwIchEnta pAda 1:10 AM 0 comments
Saturday, July 19, 2008
Im Back
salam... arini ari pertama aku tulih blog nih... tetiba terpikir nk tulih blog... lama dah tinggalakn dunia ni... sbb skrg sibuk dgn dunia YM... muahaha... blog ni untuk tatapan kawan-kawan ku dan cara untuk aku meluahkan apa yg terpendam dalam hati ni... ni salah satu cara dulu aku luahkan perasaan n segala bagai dalam ni..muahahahhah...dan skrg, im back to do the same thing yg aku windu ieiei...aku ade blog private tuk aku cite kisah sedih aku... tp blog ni khas tuk public tuk aku share sumer kisah idup aku..kisah suka duka...kisah susah payah..kisah gembira sedih seorg insan bernama noreha binti ismail
nUkilAn dEwIchEnta pAda 1:06 AM 0 comments