Thursday, July 21, 2011

baju nikah

rasa sgt lega dh amek td.. purple.. pada aku santek.. dan sgt teruja tgk cyg pakai baju tu :x i like.. ekekke.. tetibe terjatuh chenta lak =)) muahahhaha...

dan tadi, tempah baju sanding siap2.. julie ckp insyllh by before raya dah leh amek baju tu.. muahahhaha... xsaba nk tgk hasil dia.. hope santek.. mix gold&royal blue.. xtaw la camne ghupa dia esok.. hope kena ngan badan aku yg besa ngan tinggi nih.. haish...

Tuesday, July 19, 2011

PENGHUJUNG RINDU

FALLING IN LOVE WITH DIS SWEET SONG..

Lirik Lagu Pasha Penghujung – Cintaku (feat. Adelia)
berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]

Monday, July 18, 2011

2 to 4 Months checklist

~Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudara dari luar Negeri. - settled.
~Jadualkan temu-janji Dengan pendandan rambut dan mak andam.
~Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering.
 ~Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk. 
~Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu.
~Pastikan anda telah mempunyai pakaian untuk bulan madu.
~Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap.
~Aturkan rehearsal untuk hari perkahwinan.
~ Settle door gift
~ Start cari barang for cookie-candy buffet

3 to 6 Months checklist

~Poskan Kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara.
~Pastikan keluarga menyediakan Ucapan Perkahwinan.
~Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori.
~Siapkan bilik atau rumah pengantin.
~Hadiri Kursus Pra perkahwinan.  Settled... naseb dah buat thn lepas lg..
~Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri.
~Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan.
~Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid.  
~Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu. - Tiket dah booked. here we come Bali & KK on 22/10/11 ;))
~Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh. - settled. dah ade centrio ngan Hill Park
~Pilih cincin perkahwinan. - dah booked. ujung bln july amek kat seremban.. gelang & cincin.. Balance Payment another RM2k
~Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri. - settled. dah test hiv. just nk submit ke JAWI
~Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda. - belah aku dah.. belah fairus belum lg...
~Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.  Indonesia xde.. settle..
~Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh. - baru je renew masa gi hatyai aritu.. done for aku and cayang..
~Tentukan aturcara majlis.Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin.
~Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain. - done.. kek frm kak shida, baju kaler turqoise blue + gold

6-10 Months From the Date

Owh..sgt stress.. ade byk lg belum buat nih... yg dah potong tuh maksudnye dah settle.. yg belum strike tu maksud nyer blum buat :(( (update as at 19/07/2011)

~Tentukan hari perkahwinan - 08 Oct 2011
~Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan - traditional mix modern concept
~Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. - done..dah bitaw and list kan dah ape yg nak.. muahahhaha
~Tentukan tempat kenduri dilangsungkan. - done.. nikah kat surau kondo rakyat.. sanding kat restoran nelayan, titiwangsa
~Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis.
~Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan.
~Pilih pengapit-pengapit anda.
~Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan. - done.. abg fir as photographer
~Pilih baju nikah,baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami. - done..ambil dari wedding galore
~Pilih baju untuk pengapit.
~Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun.
~Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai.
~Mulakan bridal blog agar kenangan anda tak lupakan
~Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. - dok kat umah mama dulu smp tahun 2012..muahahha..
~Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda.
Sediakan dokumen ini:
Salinan Kad Pengenalan (min 10)
Salinan Surat Beranak (min 3)
Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 3)
Surat Pengakuan bujang dari majikan