1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah
terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik
perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan
sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa
untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu
meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan
pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai
dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah.
Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda
berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja,
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami
anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang
melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap
hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu
tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh
mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh
memegang tangannya / bahunya bila berjalan-jalan
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda
hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah
antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu
tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah
kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong.
Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda
mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang
disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali
mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya
dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2
demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian
anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat,
iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya
kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak
membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.
Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan
kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama
sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun,
ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar
mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan
baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian
atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan
suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan
suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk
menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan
memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda
untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh
mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai,
sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa
yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya
dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan
anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi
anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya
dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati
lelaki mudah berkata’inginkan seseorang yg dapat membantu’, jgn la hanya
ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat
di baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan
suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga
dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik
serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami
anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada
isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak
melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg
paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
0 comments:
Post a Comment