Saturday, October 16, 2010

Dugaan Bertunang

Antara penyebab banyak dugaan ni, sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.

  • Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.
  • Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.
  • Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  • Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.
  • Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.
  • Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  • Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.
Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.
  3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.
  6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.
  7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.
Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

P/S- google pasal dugaan membela kucing tadi, tetibe kuar keyword dugaan bertunang.. so ni kes mengkopi dr blog org.. jgn marah nah :-s

hurm...mmg xnafikan aku jadi sgt tidak saba, cpt marah, cpt naik angin :( kdg2 cuba ubah...tp spontan rasa darah naik kat kepala... apasal jadi camni eh.. sentiasa berusaha utk berubah.. dan aku pun berharap dia pun belaja utk berubah jugak dan sentiasa saba ngan perangai aku yg kdg2 aku sendiri pun xleh nk jangka ape aku nak buat :|.. moga tuhan panjangkan jodoh kami :( amin...

1 comments:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

betul...sejak bertunang...perasaan merajuk tu makin menjadi2 hehehhe