entry ni khas tuk kak ayu yg akan bersalin pada hari ini... sgt suke sbb aku akan dpt sorg lagi anak buah :x
BERSALIN
Setelah kandungan genap bilangan bulan dan harinya iaitu sembilan bulan sembilan hari pada perkiraan orang tua-tua zaman dahulu, dan saat untuk melahirkan pun sudah hampir maka segala kelengkapan seperti beras, kelapa dan damar, akan disediakan sama seperti ketika upacara melenggang perut dijalankan. Setelah selesai bersalin, beras, damar dan kelapa semuanya akan diberikan kepada tok bidan di samping wang sebanyak $5.00 jika anak sulung, $3.25 jika anak yang kedua, manakala anak yang ketiga bayarannya sama seperti anak sulung dan begitulah seterusnya.
Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu kala, ada sejenis hantu atau syaitan yang kononnya , suka datang pada masa perempuan bersalin kerana hendak memakan darah perempuan itu. Oleh sebab kepercayaan yang sedemikian, maka telah menjadi adat bagi masyarakat Melayu untuk menggantung secekak daun mengkuang yang berduri di bawah rumah, betul-betul pada tempat pembaringan ibu yang baru bersalin itu. Daun tersebut dipercayai dapat menjadi penghalang atau menegah hantu daripada datang menghampiri tempat itu. Begitu juga telah menjadi adat untuk mencalitkan pangkah dengan kapur yang disertai dengan jampi serapah di muka pintu bilik atau rumah tempat ibu yang baru bersalin tersebut tinggal. Bukan itu sahaja, di tengah-tengah dahi bayi yang baru lahir itu turut dicalitkan dengan tanda pangkah yang dibuat daripada minyak yang telah dicampurkan dengan serbuk arang kayu dan dijampi. Ini semua dilakukan dengan harapan hendak menjauhkan bayi itu daripada dirasuk atau diganggu oleh hantu syaitan.
Apabila bayi tersebut berusia genap tujuh hari, kenduri secara kecil-kecilan akan diadakan sebagai tanda kesyukuran menerima ahli keluarga baru dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selamat.
BERPANTANG EMPAT PULUH EMPAT HARI
Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan.
Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantang, si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. Selain itu, isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya.
Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai, ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin, contohnya limpa dan hati. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala.
Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.
MANDI SELEPAS PANTANG
Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga. Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau serta dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang. Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang pekerjaan lain. Berpantang sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan bentan yang bermaksud sakit yang akan timbul akibat daripada melanggar pantang. Antara gejala bentan ialah rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Adalah digalakkan bagi suami isteri untuk bersama setelah tamat upacara mandi selepas pantang kerana ini akan mengeratkan kemesraan di antara keduanya
p/s : bile ar turn aku lak :x oit cyg :-w tak reti-retai lagi ker =)) wakakkakaka...
Wednesday, December 02, 2009
ruangan tuk kak ayu
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment