korang taw.. aku saje2 korek cite kat daily mail ni.. tetiba ternampak gambar ni.. korang leh baca kat sini... aku taw cite ni dah lama.. tp ni first time aku tgk.. wakakkaka... ini amat memalukan kerana nampak sgt aku sgt malas tuk amek taw hal dunia :)) btw, sungguh indah ciptaan tuhan.. subhanallah...
p/s jiwakacau: kenapa hati sering gundah gulana ketika cuba menafsirkan kata cinta.. samada benar atau palsu.. pura-pura atau kenyataan.. sesungguhnya hanya tuhan yang tahu :)
Saturday, December 26, 2009
tasik chenta
nUkilAn dEwIchEnta pAda 4:26 AM 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
rahsia tarikh lahir
korang pecaya tak kalo aku cakap aku dah daftar tuk gi seminar ni... aku teringin nak taw pasal potensi diri aku etc etc.. aku bukannya nak pecaya sgt.. just maybe sbg panduan hidup aku.. Seminar Kenali Potensi Diri - Revolusi 2010... seminar ni oleh Dr.Azizan Osman.. aku xtaw la siapa dia.. dan aku x pernah dgr pasal dia.. tp ati aku melonjak2 suruh pegi.. dan aku akan ikut kata hati aku.. dan org yg terpaksa ikut kerenah aku adalah encik mohd fairos.. wakakakka.. yuran pendaftaran adalah rm50.. date 30/1/2010... aku just harap seminar ni akan menambahkan semangat dan keyakinan aku semula tuk melangkah pada tahun 2010 ni.. amin... http://www.skpd2010.com ni website die... huhuhu...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 8:05 AM 2 comments
Thursday, December 17, 2009
Aku nak Berubah!!!!!
sungguh... saat ni aku sgt sedih... xde sapa tuk aku bercerita... aku perlukan ruang... aku perlukan waktu... aku perlukan kasih sayang... dan sungguh... aku perlukan seseorg tuk pimpin aku... aku perlukan seseorg tuk bg aku semangat tuk hidup...
saat ni aku sgt sedih... aku nak berubah... aku xmo hidup mcm skrg... aku rasa segala yg ada kat sisi aku skrg semua menyakitkan... semua menyusah kan... sungguh... saat ni aku rasa aku nak pergi jauh dari semua org... supaya xde sorg pun yang nampak aku sedih... xde sorg pun yg akan nmpk aku lemah...
2009... banyak tul dugaan dalam hidup aku... moga tahun baru ni akan buat aku lebih tenang dan kuat tuk hadapi hari esok... amin...
(1) aku nak carik kerja baru... sungguh... aku dah tak tahan... aku dah x sanggup... aku sgt lemah... dan tetiba aku rasa aku sangat bodoh... dan tetibe aku rasa aku keseorangan...
(2) aku nak carik duit... sungguh... saat ni aku rasa sgt rendah diri... saat ni aku rasa sgt miskin... dan saat ni aku rasa sgt hina... betul ckp org.. bila kite ade duit, sumer org baik ngan kite.. bile kite dah xde duit, sumer org pijak kite...
(3) aku nak carik rumah sewa... sungguh... saat ni aku rasa sesak nafas... saat ni aku rasa kepala aku serabut sgt... kat rumah xde masalah... cuma aku yg bermasalah... aku xnak jadi beban kat mama ngan papa... aku taknak dipandang hina oleh adek... dan saat ni aku sangat tertekan...
(4) aku nak berhenti belajar... sungguh... saat ni aku rasa aku xnk belajar dah... aku stress... semua nya menyusahkan aku... politik...pentingkan diri sendiri...kalau ye pun aku nak belajar, aku akan pergi ke tempat lain... tp bkn di tpt skrg... sucks...
(5) aku tak nak kedai tu dah... sungguh... aku nak bg kat tikah suh handle... sabar aku dah hilang... aku tak mampu nak tanggung lagi... dan sungguh aku dah bosan dengan semua yg berkaitan... kerana semuanya menyakitkan hati...
(6) aku xmo kaco cyg dah... sbb aku takut nnt dia bosan ngan aku... aku xmo nnt aku menyusahkan dia... dan aku xmo nnt aku buat dia risau... dan aku xmo dia pk pasal aku lg... sesungguhnya aku xmo menyusahkan sesiapa dah...
(7) aku nak hidup dgn aman dan tenang... aku xmo org benci kat aku... aku xmo org sakit ati kat aku... aku xmo org iri hati ngan aku... sesunggunya aku xmo org kaco hidup aku sbb aku pun tak kaco hidup diorg...
(8) aku nak carik kawan susah senang... aku nak buang semua kawan yg aku ada sekarang... cuma kawan susah senang je yg akan datang balik dan selalu ada walaupun aku dah buang diorg...supaya dah xkan ade kawan makan kawan...
(9) aku nak carik org yg sayang kat aku... org yang nak jaga aku time aku penat dan lelah... org yang nak teman aku time aku sedih... org yg leh pujuk aku time aku nangis... org yang akan selalu sayang aku dan tak kan sesekali tinggalkan aku sensorg layan jiwa yang pedih...
ayat sakit jiwa : aku ni agaknya mmg dilahirkan tuk menyusahkan orang kot... aku ni mmg xkenang jasa kot... aku ni mmg degil kot... aku ni mmg keras hati kot... ke aku ni dah gila... tuhan... bantu aku... tunjukkan jalan terbaik utk aku... sedarkan aku dari sesuatu yang boleh buat aku melukakan org lain... tolong aku ya allah...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 11:19 AM 3 comments
Maal Hijrah 1431
salam.. selamat tahun baru tuk diri aku.. sesungguhnya jauh didalam hati aku ingin berubah.. berubah kepada suatu keadaan yg lebih baik.. tuk diri aku dan tuk family aku.. semoga kedatangan tahun baru ini akan memberi erti dan tuah dalam hidup aku.. amin..
nUkilAn dEwIchEnta pAda 11:17 AM 0 comments
Monday, December 14, 2009
cameron highland 5 dec 09 to 6 dec 09
har... besar kan jalan die... highway dari bawah sampai la atas.. tp kalo xde kabus, jln nk tgk bawah tu mengerikan... pergh..nauzubillah... gaung yang clear hokey... dari toll simpang pulai tu, kitorg just amek masa sejam 15 menet jer nak naik atas sebelum sampai kat kg raja... tu bandar first skali yg kitorg jumpe... penat wooo... sian nas die drive sorg.. naseb naik kia... xde ar kejang montot..wakakakka... tpt first kitorg rest adalah di kea farm... kitorg isi perut dulu sbb dah lapa sgt... kat sini ade byk jual sayur2 ngan buah2 segar... tp kitorg xmo beli kat situ lg.. sbb jauh lg perjalanan.. dr kg raja ke kea farm ni adala dalam 15 menet.. kalo jln kaki mau gak ar berkerak..tp aku tgk mat saleh tu relax jer jalan kaki turun naik genting highland tu #-o
time kat cameron valley ni pun dah kat kul 7ptg.. then kitorg terus gi pasar malam dia.. naseb ade pasar malam.. pasar malam die ari sabtu malam... besh wooo.. besa.... aku sempat beli kot bulu... sejuk amek kat atas tu har.. nak polok dak tu, belum sah jd laki aku lagi...wakakkakak... kang org kata aku rogol and amek kesempatan kat anak teruna org lak..wakakkakaka... tp xde gamba ar kat apsar malam ni :(( sebab teruja nar beli mknn, sayur, jagung, etc.. mughah woooo... sblm tu, pasar malam ni kat brinchang taw... koran gpecaya x kat atas cameron highland tu jammed =)) ade la kot kat 15 menet tersekat dalam jammed tu..paghah2... maybe sbb budak2 cuti sekolah kot... xcaye????? meh tgk... hahahhaha....
dak2 ni borong sakan har kat atas tu.. aku x beli ape pun tuk family aku...sbb kitorg baru blk dr kg raya aji aritu... so dah byk nar brg kat umah tu... just cyg jer beli tuk family die... penuh bonet kete ngan sayur2 =)) nak tegelak pun ade gak org laki beli belah.. tp aku hekot kan jer.. sbb xlarat nk ckp byk and bejalan dah... penat wooo... dah ar tido x cukup...
dan kesimpulannya... aku sgt happy dpt luangkan masa mo cyg... lama tul aku x gi jln2 ngan die... lalallalallalalla... sungguh... aku akan igt saat ni sampai bile2..thx cyg :-* mmuuaaahhhh
nUkilAn dEwIchEnta pAda 7:47 AM 2 comments
Wednesday, December 02, 2009
ruangan tuk kak ayu
entry ni khas tuk kak ayu yg akan bersalin pada hari ini... sgt suke sbb aku akan dpt sorg lagi anak buah :x
BERSALIN
Setelah kandungan genap bilangan bulan dan harinya iaitu sembilan bulan sembilan hari pada perkiraan orang tua-tua zaman dahulu, dan saat untuk melahirkan pun sudah hampir maka segala kelengkapan seperti beras, kelapa dan damar, akan disediakan sama seperti ketika upacara melenggang perut dijalankan. Setelah selesai bersalin, beras, damar dan kelapa semuanya akan diberikan kepada tok bidan di samping wang sebanyak $5.00 jika anak sulung, $3.25 jika anak yang kedua, manakala anak yang ketiga bayarannya sama seperti anak sulung dan begitulah seterusnya.
Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu kala, ada sejenis hantu atau syaitan yang kononnya , suka datang pada masa perempuan bersalin kerana hendak memakan darah perempuan itu. Oleh sebab kepercayaan yang sedemikian, maka telah menjadi adat bagi masyarakat Melayu untuk menggantung secekak daun mengkuang yang berduri di bawah rumah, betul-betul pada tempat pembaringan ibu yang baru bersalin itu. Daun tersebut dipercayai dapat menjadi penghalang atau menegah hantu daripada datang menghampiri tempat itu. Begitu juga telah menjadi adat untuk mencalitkan pangkah dengan kapur yang disertai dengan jampi serapah di muka pintu bilik atau rumah tempat ibu yang baru bersalin tersebut tinggal. Bukan itu sahaja, di tengah-tengah dahi bayi yang baru lahir itu turut dicalitkan dengan tanda pangkah yang dibuat daripada minyak yang telah dicampurkan dengan serbuk arang kayu dan dijampi. Ini semua dilakukan dengan harapan hendak menjauhkan bayi itu daripada dirasuk atau diganggu oleh hantu syaitan.
Apabila bayi tersebut berusia genap tujuh hari, kenduri secara kecil-kecilan akan diadakan sebagai tanda kesyukuran menerima ahli keluarga baru dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selamat.
BERPANTANG EMPAT PULUH EMPAT HARI
Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan.
Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantang, si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. Selain itu, isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya.
Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai, ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin, contohnya limpa dan hati. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala.
Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.
MANDI SELEPAS PANTANG
Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga. Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau serta dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang. Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang pekerjaan lain. Berpantang sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan bentan yang bermaksud sakit yang akan timbul akibat daripada melanggar pantang. Antara gejala bentan ialah rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Adalah digalakkan bagi suami isteri untuk bersama setelah tamat upacara mandi selepas pantang kerana ini akan mengeratkan kemesraan di antara keduanya
p/s : bile ar turn aku lak :x oit cyg :-w tak reti-retai lagi ker =)) wakakkakaka...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:16 AM 0 comments
MEMINANG DAN BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
MAJLIS PERKAHWINAN PERKAHWINAN
Di antara kesemua adat resam orang Melayu, upacara atau aturan yang berhubung dengan perkara nikah kahwin adalah sesuatu yang amat diambil berat dan dianggap penting. Ia akan dijalankan secara besar-besaran dan melibatkan kesemua anggota masyarakat setempat yang dikenali sebagai penduduk sekampung serta seluruh sanak saudara. Oleh hal yang demikian, adat ini dikategorikan sebagai adat yang paling rumit dilaksanakan kerana memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan kenduri kendara, majlis persandingan dan lain-lain upacara di samping memerlukan tenaga kerja yang ramai dan memakan masa yang panjang. Dalam adat nikah kahwin ini, bagi masyarakat Melayu, terdapat 3 fasa yang perlu dilalui sebelum sesebuah rumahtangga didirikan dan ia merupakan suatu adat yang perlu dipatuhi bagi melengkapkan sesuatu perkahwinan.
cilok dari... http://www.ashtech.com.my/adat/bersanding.html
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:05 AM 0 comments
kemalasan melanda
huhuhu... aku xtawla nape sejak dua menjak ni aku sgt malas :)) ape nak jadi ini budak... makan tido makan tido saje.... laalallalalalalala...
nUkilAn dEwIchEnta pAda 2:03 AM 0 comments