Sunday, October 19, 2008

cHentA tAk perlukAn sEbab

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!

Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.” "

bIarkaN akU mEnangIs

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati
Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis

Saturday, October 11, 2008

dOa cHentA

Ya Allah….Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatikuTitipkanlah kebahagian antara kamiAgar kemesraan itu abadi

Ya Allah….Ya Tuhanku Yg Maha MengasihaniSeiringkanlah kami melayari hidup iniKetepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikkuTidak tercipta untukkuBawalah dia jauh dari pandangankuLuputkanlah dia dari ingatankuDan Peliharalah diriku dari kekecewaanBerikanlah aku kekuatan meskipun tanpa dirinya

Ya Allah… Ya Tuhanku Yg Maha Mengerti….Berikanlah aku kekuatanMenolak bayangan jauh ke dada langitHilang bersama senja nan merahAgarku sentiasa tenangWalaupun tanpa bersama dengannyaEngkau gantikanlah yang telah hilangTumbuhkanlah kembali yang telah patahWalaupun tak sama seperti dirinya

Kupohon dan kurayu TuhankuPadamu yang Maha MengetahuiEngkau hapuskanlah perasaan iniSeandainya dia tidak mencintaiku

Tetapi Tuhanku…Seandainya dia telah ditakdirkan untukkuKupohon agar EngkauSentiasa memperkuatkan hati, perasaan dan ingatannya sebagaimana kuatnya aku mencintai dirinyaKerana aku pasti dia lah jauhariku

Ya Allah Yang Tercinta….Pasrahkanlah aku dengan takdirmuSesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukMuSesumgguhnya Engkau Maha MengetahuiSegala yang terbaik buat hamba-mu ini

Ya Allah…Cukuplah Engkau sahaja yang menjadiPemeliharaanku…Di Dunia dan akhiratDengankanlah rintahan dari hambamuYang daif iniJanganlah Engkau biarkan akuSendirian…Di dunia mahupun di akhiratMenjuruskan aku ke arah kemaksiatanDan kemungkaran..Maka kurniakanlah aku seorang Pasangan yang beriman..Agar aku dan dia sama-sama dapatMembina kesejahteraan hidupKe jalan yang Engkau redhaiDan kurniakanlah padakuKeturunan yang soleh dan solehahYa Allah…Berikanlah kami kebahagiaan Di dunia dan akhirat…Dan peliharalah kami dari azab api neraka…Amin…Amin…Ya Rabbil a'alamin..

Friday, October 10, 2008

mY deaRie Luv

ape aku nk cite pasal die eh... first of all...aku bersyukur sgt tuhan dah makbulkan doa aku tuk bukak kan pintu hati die tuk sambung blaja.. thanks tuhan...aku suh die blaja, bukan tuk diri aku..sumpah...tp tuk diri die sendiri... aku nak die berjaya..sbb aku syg die sgt2..aku sedih bile tgk die keje susah2 dulu..tp gaji skit sgt...aku xmo die jadi cam org lain yg xde kelulusan keje pagi sampai malam...tp gaji ciput sgt..nk sara diri sendiri pun xlepas..aku bukan menghina..tp aku xmo die jadi camtu..tu aturan dunia..sapa yg pandai, dia di atas..sapa yg lemah, die dibawah... 1 dalam 1000 yg berjaya tanpa kelulusan..jadi, pada aku, kite kena berusaha tuk berjaya..kejayaan xkan datang begolek depan kite...pada aku..walaupun suatu ari nnt, die bukan ditakdirkan tuk aku, aku harap die berjaya dan xkan ade org yg akan pandang rendah pada die.. sbbnye, aku syg die sgt2.. aku nak sumer org bangga dengan die.. xkan ade org hina die sbb die tak berpelajaran..sumpah.. aku sayang die sgt... aku dah serahkan hidup aku kat die.. even kalo suatu ari nnt tuhan tarik kbhgn aku dgn die, aku redha...dan masa tu, aku harap die blh terus berjalan dan terus berlari dengan gagah dan berani dengan kelulusan yg die ade :) sbb demi tuhan, aku syg die sgt2...

fairus.. org yg hadir dalam hidup aku 2 thn lepas... org yg mengubah hidup aku.. org yg memberi kembali sinar baru dalam hidup aku... org yg datang dalam hidup aku dan mengikis sikit demi sedikit kenangan dan kisah silam aku dr memori aku... org yg paling berharga dan bermakna dalam hidup aku skrg... org yg hadir dalam hidup aku skrg ytg memberi kebahagiaan dan kedukaan dalam hidup aku.. org yg aku serahkan segala2nya kat die pertama kali dalam hidup aku..huhuhuhu...dan kerana itu..dan sebab itu.. dan semua itu adalah kerana aku syg dan cintakan die.. thanks tuhan sbb temukan aku ngan die.. aku bersyukur sgt... walaupun byk kedukaan, tp demi allah aku bahagia dengan die..moga dia cinta terakhir aku..