Monday, July 18, 2011

6-10 Months From the Date

Owh..sgt stress.. ade byk lg belum buat nih... yg dah potong tuh maksudnye dah settle.. yg belum strike tu maksud nyer blum buat :(( (update as at 19/07/2011)

~Tentukan hari perkahwinan - 08 Oct 2011
~Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan - traditional mix modern concept
~Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. - done..dah bitaw and list kan dah ape yg nak.. muahahhaha
~Tentukan tempat kenduri dilangsungkan. - done.. nikah kat surau kondo rakyat.. sanding kat restoran nelayan, titiwangsa
~Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis.
~Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan.
~Pilih pengapit-pengapit anda.
~Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan. - done.. abg fir as photographer
~Pilih baju nikah,baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami. - done..ambil dari wedding galore
~Pilih baju untuk pengapit.
~Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun.
~Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai.
~Mulakan bridal blog agar kenangan anda tak lupakan
~Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. - dok kat umah mama dulu smp tahun 2012..muahahha..
~Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda.
Sediakan dokumen ini:
Salinan Kad Pengenalan (min 10)
Salinan Surat Beranak (min 3)
Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 3)
Surat Pengakuan bujang dari majikan

0 comments: